Home | Berita | Intro | Organisasi MCCH | Ahli MCCH | Aktiviti | HELWA | Sekolah Malaysia Manchester (SMM) | MRG | Links | Galeri | Panduan Untuk Ahli baru | Jadual Waktu Solat

MALAYSIAN COMMUNITY OF CHEETHAM HILL

Disini disertakan beberapa maklumat terbaru mengenai Sekolah Malaysia Manchester

Sekolah Malaysia Manchester


Sepintas Lalu 


Menyedari betapa besarnya komuniti Melayu, Malaysia yang belajar di Manchester, United Kingdom, sekumpulan wanita Melayu dengan kerjasama masyarakat Melayu MCCH  (Malaysian Community of Cheetham Hill) telah mewujudkan sekolah untuk kanak-kanak Melayu yang berumur di antara 5 hingga 13 tahun.


Sekolah ini telah diasaskan oleh Puan Zara Davies Abdul Rahman, Puan Latifah Yusof, Puan Suria Baba, Puan Faezah Hassan dan Puan Zainidah Ahmad pada Januari 1992. Pada mulanya sekolah ini diberi nama Tabika An-Nur dah kemudiannya ditukar kepada Sekolah Malaysia Manchester pada tahun 1995

Pada ahun 1995 hingga 1997, bilangan pelajar mencapai 120 orang murid dan bilangan guru seramai 7 orang sukarelawan.. Pada awalnya ruang masjid Khizra digunakan untuk sekolah ini. Puan Jamilah Omar, Guru Besar untuk sesi 1996/1997 teah meminta jasa baik salah sebuah sekolah rendah di siti, Cheetham Hill Community School, untuk membenarkan SMM menggunakan sekolah itu pada setiap hari Sabtu dan ini telah dimulakan pada MAC 1997.

Bagaimanapun apabila kurangnya pelajar yang tinggal akibat kemelesetan ekonomi tahun 1997, sekolah ini telah tergendala.

Kini sekolah ini dihidupkan semula pada awal tahun 2001 dibawah naungan MCCH dan jawatankuasa Helwa. Kini SMM bertempat di Abraham Moss School, sebuah sekolah menengah. Selain dari kelas untuk anak-anak sessi forum antara ibu-bapa juga diadakan.

Pengurusan Sekolah


Sekolah ini diadakan hanya pada hari Sabtu dari pukul 10:00 hingga 1:30 petang dan bertempat di Sekolah Abraham Moss


 

SMM (SEKOLAH MALAYSIA MANCHESTER)

 

Ahli Jawatankuasa SMM 2004/2005

 

Klik disini untuk download

Lampiran pengenalan

Klik disini untuk download

Takwim Persekolahan SMM 2004/2005
 
 

klik disini untuk download

WEBSITE SMM

All rights reserved. Copyright © 2005 AJK IT MCCH!