Home | Berita | Intro | Organisasi MCCH | Ahli MCCH | Aktiviti | HELWA | Sekolah Malaysia Manchester (SMM) | MRG | Links | Galeri | Panduan Untuk Ahli baru | Jadual Waktu Solat

MALAYSIAN COMMUNITY OF CHEETHAM HILL

SEDIKIT PANDUAN UNTUK AHLI BARU

Mendaftar Dengan Universiti

Pastikan saudara/i mendaftarkan diri dengan pihak universiti seawal mungkin sepertimana tercatat dalam surat tawaran. Untuk mendaftar pastikan saudara/i membawa bersama:
*Surat tawaran pengajian
* Surat biayaan kewangan dari pihak penaja
* Paspot
* Gambar untuk kad pelajar, perpustakaan dll.
* Dokumen rasmi lain yang perlu

Akaun Bank

Saudara/i juga dianjurkan supaya membuka akaun dengan pihak bank sebaik sahaja tiba. Pada kebiasaannya pihak bank ada mempunyai skim khas bagi pelajar yang dinamakan student acount dan saudara/i bolehlah meneliti tentang tawaran yang dikemukakan oleh pihak bank di dalam prospektus mereka mengikut keperluan saudara/i seperti buku cek, kad kredit, kad debit, overdraft, checque guarantee dan sebagainya. Di antara bank yang mempunyai perkhidmatan di sini termasuklah HSBC (dulunya Midland), Llyods, National Westminster (NatWest), Yorkshire dan Barclays. Untuk membuka akaun, pastikan saudara/i membawa bersama:

- Surat tawaran belajar dari universiti

- Passport

- Cek kembara/bank draft/Wang tunai dsb.
Buku cek dan kad-kad yang ditawarkan biasanya mengambil masa untuk disiapkan. Oleh itu saudara/i dinasihatkan untuk menyimpan nombor akaun dan juga sort code bank untuk beberapa tujuan seperti menghantar kepada pihak MSD bagi urusan pembayaran biasiswa, direct debit dan sebagainya.

Rumah Sewa

Pihak MCCH ada menyediakan perkhidmatan mencari dan merunding rumah sewa. Sekiranya saudara/i belum lagi mempunyai rumah, bolehlah hubungi mana-mana Ahli Jawatankuasa MCCH. Insyaallah mereka bersedia membantu.

Setelah mendapat rumah, saudara/i bolehlah menghubungi:-
* Pihak MSD mengenai alamat saudara/i.
* Syarikat pembekal gas : Contohnya, British Gas : Nyatakan bacaan meter gas rumah sdra/i kepada BG
* Syarikat pembekal elektrik : Contohnya, Power gen, virgin ke : Nyatakan bacaan meter elektrik rumah sdra/i.

Masjid

Semasa di universiti, saudara/i boleh menunaikan sembahyang lima waktu di dalam kampus. Bagi University of Manchester UNIVERSITY(OXFORD cAMPUS) , tempatnya ialah di Ambrose. Bagi yang belajar di UMIST campus, terdapat sebuah surau di di tingkat bawah Main building.Sembahyang Jumaat juga turut diadakan di universiti.

Antara masjid/musola lain ialah seperti berikut:-

Kawasan Cheetham Hill
- Al-Falah Islamic centre
- Masjid Khizdra
- North Jamia Islamic centre
- Dan banyak lagi

Makanan Halal & Keperluan Dapur

Saudara/i tidak perlu bimbang tentang makanan halal. Ianya banyak dijual di sini. Saudara/i boleh mendapatkan bekalan makanan halal seperti daging kambing dan ayam di beberapa kedai Pakistan/Bangladesh dengan harga yang berpatutan. Di antaranya ialah Manchester super store, Manchester cash and carry,Manchester Halal meat,dan banyak lagi.Jangan terkejut jika anda di sambut oleh tuan punya kedai tersebut dengan ucapan "Apa Khabar". Keperluan dapur lain seperti kicap, sos dan sebagainya boleh didapati di:-

Selain daripada terdapat juga China Town yang banyak menjual barang-barang Malaysia seperti Kicap Hablal, Sos cili manggi, Mee segera Maggi dan lain-lain lagi.
Antara yang terbesar ialah Wing yip di city centre.

Car Boot Sale
Car Boot Sale adalah pusat membeli belah barang-barang terpakai yang diadakan setiap hari Ahad. Di CBS saudara/i berpeluang membeli keperluan rumah dan diri dengan harga yang amat rendah. Di sesetengah tempat CBS turut diadakan pada hari Sabtu. Selain daripada CBS, saudara/i juga berpeluang membeli barangan terpakai, khususnya pakaian di kedai-kedai charity.
Di antara CBS yang kerap dikunjungi oleh ahli MCCH pada setiap hari Ahad termasuklah:
- Oldham Rugby
- Oldham market
- Salford market
- Holy Lane
- Bowlee
- St. Helen
- Warrington
- Chelford
dan banyak lagi.....

Beli atau Bawa?
Berikut disertakan serba sedikit panduan atau checklist mengenai perkara-perkara yang perlu/tidak perlu dibawa ke sini. Sayugia diingat yang hampir kesemua perkara boleh diperolehi di sini. Yang membezakannya ialah samada senang/susah memperolehinya, harganya dan juga citarasa. Andaikata hang suka minum kopi, kopi memang boleh didapati di sini, tetapi jika hang memang dah ketagih kopi cap Hang Tuah, maka itulah yang kena bawa sendiri. Jadi... panduan di bawah, pandai-pandailah ejas mengikut selera sendiri:-

Bahan/Peralatan Dapur (makan le tu..)
- Rice cooker (sini pun ada tapi mahal)
- senduk nasi
- bekas basuh tangan
- serai
- daun limau purut
- daun pandan
- daun kunyit
- bunga kantan
(kesemua ini boleh dibekukan untuk setahun)
- cili kering
- semua jenis rempah
- santan kelapa (serbuk)
- ikan masin
- ikan bilis
- belacan
- agar-agar
- teh/kopi
- Milo

Buku resepi - kalau yang pandai masak tak payah lah? Tapi kalau yang kurang pandai, eloklah bawa sebab bila ke sini semuanya kena masak sendiri, tak macam kita di Malaysia. Rasa malas nak masak boleh makan di gerai atau di restoran yang ada di merata-rata tempat. Kalau yang terlebih pandai masak, jangan sia-siakan bakat anda. Carilah pendapatan tambahan di sini. Boleh juga menampung perbelanjaan keluarga.Boleh juga search dlam internet.

Asam gelugor (asam keping) - bagi yang hantu laksa atau apa saja makanan yang berasaskan asam gelugor eloklah bawa sebab di sini tak ada.

Microwave oven (rasanya sini lagi murah). Kalau mahal pun tak kan anda nak tanggung beban membawanya.

Budu/cencaluk/kicap dan yang seerti dengannya usah le bawa, nanti pecah dalam belon kan naya.

Nota: Walau apapun kebanyakan barang yang disenaraikan di atas ada dijual di sini. Cuma agak mahal. Kalau asyik dok convert ke duit Malaysia alamatnya semua barangan tersebut kena bawa dari Malaysia menggunakan kontena. Bawa berpatutan sudahlah, kalau habis boleh suruh keluarga poskan melalui mel laut - lebih murah tetapi lambat sikit (biasanya dua bulan). Jangan gunakan mel udara nanti tak larat tanggung kosnya.

Pakaian

Usahlah habiskan duit dengan membeli pakaian tebal/baru. Ia boleh didapati dengan harga yang murah di kedai charity atau CBS di sini. Tapi kalau dah ada tu, bawa sajalah. Bawa sehelai dua untuk back-up, kot-kot bila turun kapalterbang tak tahan sejuk, terutamanya masa musim winter.

Anak-Anak

- Anak-anak jangan ditinggalkan
- Susu tepung - sementara nak sesuaikan dengan susu segar (cair) di sini.
- Nestum, cerelac dan yang sejenis dengannya, bawalah jika mahu. Tapi kalau nak duduk lama di sini eloklah belajar membiasakan diri dengan makanan di sini.
- Pampers?... tuala wanita?... sini lagi murah

Lain-lain

Filem dengan ASA 200 ke atas. Bawa banyak pun tak apa (bagi yang jenis fotogenik), sebab kalau nak compare dengan harga di Malaysia, ianya amat mahal di sini. Lagi pun filem bukannya berat sangat.

PC/Notebook lebih mahal di UK sebab di sini kena bayar VAT. Kalau anda berkeupayaan memasang sendiri komputer, bolehlah bawa beberapa part yang penting. Tapi kalau tak mahu pening kepala, beli sajalah di sini.

Perisian komputer, susah & mahal nak dapatkan yang *murah*. Semuanya original, jangan harap nak dapatkan yang pirate punya.

Kenderaan

Lesen memandu antarabangsa (jika nak lawat Eropah). Buat siap-siap di JPJ, kosnya cuma RM150.00 sahaja. Kalau setakat nak bawa kereta dalam UK, lesen Malaysia diterima di sini. Tempoh sahnya ialah setahun dari tarikh anda masuk ke UK. Oleh itu setiap tahun anda perlu renew lesen berkenaan dengan keluar sekejap dari UK dan masuk semula. Tapi sebelum tu lesen anda di Malaysia juga perlu sah dalam tempoh berkenaan. Kalau dah tamat tempoh boleh minta rakan-rakan di Malaysia renewkan. Kalau nak selamat bayar siap-siap untuk tempoh lima tahun, itupun kalau anda bercadang nak tinggal lama di sini

Insurans: Jangan lupa bawa NCD (Non Claim Discount) dari Malaysia. Penting untuk mendapatkan diskaun insurans kenderaan.
Peralatan Diri/Kesihatan

Ubat-ubat serba sedikit. (penadol, minyak gamat dsb).

Pil vitamin

Pemeriksaan kesihatan untuk seisi keluarga adalah perlu

Ubat gigi/minyak rambut/minyak wangi dll.

Rokok

Ia tak perlu dibawa sebab bila tiba musimnya, rokok adalah PERCUMA. Semua orang akan kelihatan seperti merokok. Bagi yang kaki merokok, perlu diingatkan bahawa rokok adalah mahal di sini dan ianya merbahayakan kesihatan. Walau bagaimanapun tidak merokok adalah lebih baik. Bagi yang berazam untuk berhenti merokok, ianya amat-amatlah di alu-alukan.

Gigi Palsu & Cermin Mata

Memadailah dengan yang ada, usah beli spare sebab di sini boleh dapat percuma setelah mendaftar dengan NHS. Gunakanlah kemudahan yang disediakan di sini sepenuhnya.

Nota:
Melayu di sini sambut raya gila-gila. Sebulan berpuasa makan sebulan juga raya. Jangan ingat rumah tak akan diserbu, samada yang dikenali atau tidak. Jadi buatlah persediaan apa yang patut.

Walau apapun persediaannya, persediaan yang paling afdhal ialah duit.

OK, selamat datang ke Cheetham Hill Manchester. Mana-mana yang kurang jelas, jangan segan bertanya.
Sekian, sedikit panduan.


All rights reserved. Copyright © 2005 AJK IT MCCH!