Home | Berita | Intro | Organisasi MCCH | Ahli MCCH | Aktiviti | HELWA | Sekolah Malaysia Manchester (SMM) | MRG | Links | Galeri | Panduan Untuk Ahli baru | Jadual Waktu Solat

MALAYSIAN COMMUNITY OF CHEETHAM HILL

Berita

25 JUN 2005

Karnival Hari Keluarga MC-CH 2005 akan diadakan pada hari Sabtu, 25 Jun 2005 bertempat di Heaton Park, Manchester. InsyaAllah majlis akan dirasmikan oleh Duta Malaysia ke UK, TYT Dato' Abd Aziz Mohamad, dan diiringi Pengarah MSD, London, Dr Syed Raisudin Syed Abdul. Jemputan Khas - Mr Afzal Khan, Datuk Bandar Manchester. Mari kita semua datang memeriahkan lagi suasana di hari tersebut.

17 Jun 2005

Gotong royong mengangkat barang ke kontena Hj Abd Rahman Tasir/ Pn Jamilah akan diadakan pada hari Jumaat, 17 Jun 2005 di 31, Shirley Rd, Cheetham Hill. Warga MCCH berkelapangan dijemput membantu.

5 Jun 2005

MSD dengan kerjasama Manchester Malaysian Student Council akan menganjurkan Kursus ' Towering Personality ' yang akan dikendalikan oleh pakar motivasi, Tuan Hj Shahabudin Hj Ashari dari Institut Aminudin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis akan diadakan di Masjid Khidzra, Cheetham Hill pada hari Ahad, 5 Jun 2005 bermula pukul 2.30 petang. Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta. Warga MCCH semua dijemput.

4 Jun 2005

Malaysian Research Group (MRG) akan mengadakan Konference Tahunan Ke-3, bertempat di Manchester Conference Centre, Manchester yang akan dirasmikan oleh Menteri Pnedidikan Tinggi, Dato' Dr Hj Shafie Mohd Salleh. Tema tahun ini adalah : ' Research Culture : Its Embodiement and Roles in National Advancement '. Maklumat lanjut sila rujuk website MRG
http://www.mrg-online.org/mrg3ac/index.htm

21 May 2005

Sukaneka HELWA, MC-CH akan berlangsung di Padang Elizabeth St, Cheetham Hill pada hari Sabtu, 21 May 2005 bermula jam 3 petang. Warga HELWA MC-CH dan anak-anak dijemput mengikuti semua acara yang akan dijalankan. Kaum bapa dialu-alukan datang memberi sokongan moral

13 May 2005

Gotong-royong mengangkat barang ke kontena Dr.Mansor beralamat di 28 Shaftesbury Rd, Cheetham Hill jam 09:00 pagi. Mari 'berriadah' beramai-ramai.

10 May 2005

Gotong royong mengangkat barang ke kontena Dr Wan Mohd Nasir/Pn Rashidah di 9 Galsworthy Ave. pukul 10.00 pagi.

More news!!!

All rights reserved. Copyright © 2005 AJK IT MCCH!