Ucapan aluan dari Penghulu MCCH 2004/2005
Laman Web Komuniti Malaysia Cheetham Hill (Malaysian Community of Cheetham Hill- MCCH) diwujudkan sebagai salah satu alternatif
untuk dijadikan sumber rujukan yang terkini kepada ahlinya.Diharapkan warga MCCH, dapat memanfaatkannya dengan semaksimanya.
Adalah disarankan juga melalui lama web ini ,para ahli MCCH akan terus bergerak secara proaktif agar berterusan mengambil
bahagian dengan menerima serta memberi maklumat dari masa ke semasa.
Kemudahan berkomunikasi menggunakan ruang siber perlu ditingkatkan supaya serasi dengan slogan negara " Celik IT". Mudah-mudahan
penerbitan laman web MCCH ini akan memberi sumbangan kepada kemajuan rakyat Malaysia diperantauan disamping mara untuk merealisasikan
cita-cita mendaulatkan budaya ilmu dikalangan rakyat Malaysia
Laman ini mengalu-alukan sumbangan berupa berita, maklumat aktiviti setempat, artikel dan sebagainya lagi untuk dikongsi bersama
demi membangunkan meningkatkan kesedaran informasi. Kesedaran, Sokongan dan kerjasama semua pihak sudah pasti akan membuahkan
natijah yang seperti dikehendaki.
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB AL-HISS
Penghulu
MCCH 2004/05
|